5 LANGKAH OPTIMASI BLOG DI BLOGGER.COM

seo optimation


Salam para master, blogger dan para pembaca yang dihormati sekalian . Pada ruangan Tip n Tricks kali ini Chris ingin berkongsi dengan kita semua Tips optimasi blog di blogger.com khusus buat blogger baru atau newbie macam Chris . Seperti yang di ketahui umum, Standard default setting di blogger.com tidak terlalu optimal, oleh itu apa yang kita harus laku kan adalah mengubah beberapa di antara nya.

1. BASIC
Di BASIC setting tab, Masukkan tajuk blog yang mempunyai keyword yang ingin di tampilkan di hasil pencarian search enjin di ruangan BLOG TITLE. Mesti di ingatkan Tajuk anda di antara 40 – 65 karakter kerana enjin pencarian google hanya menampilkan 65 karakter di laman SERP nya. Anda di nasihati supaya jangan sekali-kali mengubah Title blog anda kerana jika ini berlaku akan menyebabkan robot/spider bingung bila meng’crawl blog anda, dan ini akan menyebab kan posisi blog anda mendadak jatuh di seach engine.
Supaya artikel yang anda update sentiasa di crawl oleh search engine sila jawab YES pada ruangan “add your blog to our listing”. Jika anda pilih NO ini akan mendorong “nofollow/noindex” meta-tags di header template blog anda yang akan mencegah blog dindex atau di crawl oleh spider.

2. PUBLISHING.
Set YES pada “Notify Weblogs”. Kenapa? Ini akan menghantar mesej ke Weblogs setiap kali anda membuat new post. Weblogs adalah sebuah laman web web yang mengizinkan visitor dan robot/spider akan tahu bila masa anda membuat post terbaru di blog anda.

3. FORMATTING
Diruangan ini terserah anda hendak meletakkan beberapa artikel. Secara peribadi Chris hanya meletakkan 5 post di main page. Saran Chris disini setkan di bawah 10 post. Jika terlalu banyak post yang anda pamerkan di main page ini akan mendorong kelembapan loading unuk blog anda.

4. COMMENT
Jangan sesekali menampilkan comment di pop up window, kerana ini akan mencegah searh engine untuk crawl content dari comment tersebut. Chris saran kan disini supaya anda menggunakan “embeb below post” kerana ini akan memudahkan visitor untuk meninggalkan comment di blog anda.

5. SITE FEED RSS
RSS adalah “ rich site summary” atau “ really simple syndication”. Alamat untuk RSS feed anda ialah "http://namabloganda.blogspot.com/atom.xml". Setelah anda membakar RSS feed anda di Feedburner, sila tukar alamat RSS feed anda seperti yang diberikan oleh feedburner.com
Setkan site feed RSS anda ke “Short Description” bukan ke “Full Description”. Kenapa? Jika anda memilih “full Description” pembaca anda tidak mempunyai alasan untuk mengunjungi blog anda kerana mereka telah membaca keseluruhan artikel yang anda post kan. Jika anda memilih “Short Description” mereka hanya membaca sebahagian dari artikel anda tersebut, dan setidaknya ini akan memaksa mereka untuk kembali ke blog anda dan harus di ingat return visitor itu sangat berharga di mata google.

Nah.. sekarang anda telah pun mengikuti beberapa langkah yang telah Chris ditunjukkan pada Tips Optimasi Blog di Blogger.com . Semoga dengan ini dapat membantu rakan-rakan blogger yang baru untuk mengoptimasikan blog mereka. Kepada anda yang tidak sempat membaca Blogging Tips di entry Chris yang lepas-lepas. Chris sarankan anda klik pada Tab TIPS N TRICKS di page bar diatas, kerana banyak terdapat blogging tip terbaik yang Chris telah sediakan pada ruangan tersebut hehe..

Sekian Optimasi Blog di Blogger.com.

tandatangan

1 comment:

  1. Here is additionally with new advance tools I found, downloadable at https://www.excel-accounting-budget-analysis.com that is beneficial to create monetary for business such an invoice process, clerking, accounting and to take care of record, profit-and-loss statement, income statement on monthly basis and budget analysis for current and future year yet.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.