Murid Tahun 3 Kena Bantai Guru Besar
Ini dia lagi kes murid2 yang di bantai rotan oleh Cikgu. Entahlah apa jadi dengan cikgu dan budak2 zaman sekarang. Kalau zaman chris sekolah dulu2 alahai panjang nya rotan yang cikgu bawa masuk ke bilik darjah. Biasa jugalah kena rotan ni, tapi tak pernah pun masuk akhbar.
Sumber: Utusan Borneo
LAPOR POLIS: (Dari kanan) Michelle, Jasthasha dan Helexson semasa diriingi oleh Embark di Balai Polis Sentral, Sibu kelmarin. |
SIBU: Tiga orang murid Tahun Tiga dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang Assan dekat sini mendakwa guru besar sekolah mereka memarahi dan merotan mereka selepas enggan bermalam di asrama.
Bapa kepada salah seorang daripada murid berkenaan, Embark Tani memberitahu anak perempuannya, Michelle Menti serta dua orang anak saudaranya, Jasthasha Jemat dan Helexson Mani Abo pulang ke rumah panjang mereka Isnin lalu dengan kesan calar di bahagian punggung, lengan dan tangan masing-masing.
Embark, 52, dari Rumah Jackson Ulu di Bawang Assan memberitahu, tiga-tiga orang murid tersebut memaklumkan kepada isterinya bahawa mereka dihukum kerana tidak mengikut arahan guru besar tersebut.
“Ini bukan kali pertama mereka dirotan dan dimarahi sebab masalah yang sama, namun ketiga-tiga murid tersebut hanya berdiam diri sahaja,” katanya sambil membantah tindakan guru besar itu.
Beliau ditemui di Balai Polis Sentral di sini selepas membuat laporan polis mengenai kes tersebut kelmarin.
Embark berkata, beliau faham jika guru besar berkenaan mengarahkan murid-murid untuk tinggal di asrama sekolah atas alasan untuk persediaan menghadapi peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR), tetapi bukan sehingga memaksa mereka berbuat demikian.
“Anak gadis saya sudah cuba tinggal di asrama sebelum ini tetapi pulang ke rumah selepas tempoh seminggu,” katanya yang juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bawang Assan.
“Saya tahu mereka tidak suka tinggal di asrama kerana keadaan di situ tidak memuaskan,” jelasnya.
Walaupun mereka tidak tinggal di asrama, Embark mendakwa tiga-tiga mereka tidak pernah gagal menghadiri kelas tambahan selepas sesi pembelajaran biasa.
Embark menambah, ia tidak sepatutnya menjadi masalah kerana rumah panjang mereka hanya terletak 10 minit berjalan kaki sahaja ke sekolah.
“Mengapa tidak murid-murid yang lebih jauh diberi peluang tinggal di hostel?” ujarnya memberi pendapat.
Sumber: Utusan Borneo
Note: Blog Ini Do Follow dan Auto Approve, Sila tinggalkan komen anda disini. Setiap link yang keluar dari blog ini akan mendapat hadiah Backlink Percuma."
Leave a Comment