SARA 1 Malaysia

SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia), skim yang terbaru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Kalau dapat 100,000 pelabur pukul rata masing-masing membuat pelaburan RM5,000, kerajaan Malaysia sudah dapat tabungan sebanyak RM500,000,000 (RM500 juta).

SARA 1 Malaysia

Apa itu SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)
 
  • Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
  • Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
  • Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah
  • Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

tandatangan

No comments

Powered by Blogger.