Wanita hamil 6 bulan ditangkap khalwat


TEMERLOH – Seorang wanita yang hamil enam bulan ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan seorang penjawat awam dalam serbuan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) ke atas sebuah rumah sewa di Taman Temerloh Jaya di sini malam kelmarin.

Wanita terbabit yang datang dari sebuah negeri utara tanah air bersama dua anak lelakinya bermalam di rumah lelaki terbabit yang didakwa sebagai sepupunya. Wanita berusia 27 tahun itu membawa bersama dua anak lelaki berusia tujuh dan empat tahun ketika ditangkap bersama pasangannya yang berusia 30 tahun.

Paid melakukan serbuan ke atas rumah lelaki terbabit selepas menerima aduan awam. Wanita terbabit mendakwa berkunjung ke rumah ibu saudaranya di Bera dan bermalam di rumah lelaki terbabit hanya untuk semalaman dan akan pulang keesokan harinya.

Wanita terbabit yang masih bersuami mendakwa ibunya tahu dia bermalam di rumah lelaki terbabit tetapi suaminya tidak tahu. Lelaki terbabit yang berasal dari Kelantan mengaku mengahwini sepupu kepada wanita yang ditahan dan telah bercerai Disember tahun lalu. Kedua-duanya ditahan awal pagi kelmarin dan diambil keterangan sebelum tindakan lanjut ke atas pasangan terbabit. -SH


 tandatangan

No comments

Powered by Blogger.