BILL KAYONG CALON PKR N71 BEKENU


Langkah bijak pimpinan tertinggi PKR Sarawak harus dipuji kerana berani mengetengahkan "winnable candidate" Saudara Bill Kayong untuk bertanding di N71 Bekenu yang mempunyai 12,300 pengundi berdaftar.

Sebelum ini Bill Kayong merupakan seorang aktivis yang dikenali ramai kerana kelantangan beliau bersuara tentang hak-hak kebajikan masyarakat dan telah banyak membantu masyarakat dalam menyelesaikan hal ehwal Tanah Adat.

Beliau yang juga berpengalaman menjadi pembantu khas kepada YB. Michael Teo (Ahli Parlimen Miri) telah sering turun padang meninjau permasalahan rakyat di persekitaran bandaraya Miri. Disamping memegang jawatan sebagai Setiausaha PKR cabang Miri.

Kepada masyarakat di N71 Bekenu admin menyeru memohon bantuan anda semua untuk bertindak bijak dengan memilih saudara Bill Kayong ini supaya menjadi wakil rakyat di kawasan anda pada waktu hari pembuangan undi nanti.

 Sekian Terima Kasih,

 tandatangan

No comments

Powered by Blogger.