Bersantai di Pantai Tusan


Hari ini admin bersama keluarga berkesempatan berkunjung ke pantai yang cukup popular di kalangan penduduk Miri mahupun negara jiran Brunei iaitu pantai Tusan. Pantai Tusan terletak kira-kira 40km perjalanan dari bandaraya Miri berdekatan dengan Pekan Bekenu.

Mungkin kerna hari ini merupakan cuti umum begitu ramai pengunjung yang datang beriadah bersama keluarga menikmati suasana petang yang begitu mengujakan disambil menikmati keindahan pemandangan laut China Selatan dari pantai berkenaan.










Pantai Tusan bukan popular dengan keindahan suasana pantainya sahaja, salah satu dari daya tarikan pantai Tusan adalah makanan dan minuman yang dijual di gerai-gerai disana, antara yang anda tidak akan lepaskan jika berkunjung ke sini adalah keenakan rasa "Shake Coconut Tusan Beach"


Bukan itu sahaja. pada waktu malam pantai Tusan ini menjadi popular kerana adanya satu fenomena alam yang dinamakan “air mata biru” atau di dalam bahasa saintifik “biolomunescence”. Dan ianya begitu istimewa kerana hanya di kawasan pantai Miri sahaja yang mempunyai fenomena ini iaitu ianya bermula di Pantai Tusan sebelum ke pantai-pantai lain yang sealiran dengannya di bumi Miri.

air mata biru pantai tusan 1

air mata biru pantai tusan

Jika pelawat dari luar Miri rugi rasanya jika anda tidak berkunjung ke pantai Tusan jika anda berkesempatan melawat bandaraya Miri. Kerana keunikan yang ada disana mungkin tidak sama dengan mana pantai lain.

Sekian terima kasih.

tandatangan

No comments

Powered by Blogger.