Kami mahukan Keamanan dan keharmonian - Penduduk Desa Senadin
Semua kita mengimpikan untuk hidup aman dan harmoni. Kita menginginkan kehidupan yang tenang dan damai bersama keluarga tercinta. Sebab itu kita membangun/membeli yakni menyewa sebuah rumah untuk seisi keluarga kita berteduh dan berlindung serta bebas melakukan apa sahaja dikediaman kita. Itulah impian dan juga harapan kita semua.
Tapi berlainan yang terjadi terhadap kami penduduk di Desa Senadin khusus nya penduduk Phase 5 disini. Setiap hari ada ada sahaja kedengaran berita kes kecurian dan kes pecah rumah terjadi di sekitar kejiranan kami disini. Kes terjadi tidak mengira siang atau malam sama ada tuan rumah ada dirumah ataupun tidak. Barang-barang sudah tidak boleh diletakkan diluar apatah lagi barang-barang berharga seperti kasut/ safety boot serta perkakas-perkakas lain jika tersilap sedikit memang terus dicuri oleh sang pembedal. Nah itu terjadi diluar rumah semasa penghuninya ada didalam. Apalagi kalau penghuninya tiada dirumah saat itu?
Kejadian seperti ini sedikit sebanyak membuatkan penduduk di sekitar berasa tidak tenteram dan dihantui rasa ketakutan untuk meninggalkan kediaman masing-masing.
Menyingkap kembali apa yang telah terjadi beberapa hari ini:
19.09.2017 Sebuah rumah di kawasan Senadin 2C telah di pecah masuk oleh 4 orang pencuri yang dirakamkan telah mencuri sebuah TV.
23.09.2017 Sebuah rumah dipecah masuk di kediaman senadin Phase 5 Lorong Jati 8B-2 bedasarkan report polis yang dibuat perkakas serta peralatan untuk membuat grill/ pagar rumah dicuri termasuk speed cutter machine. Menurut laporan juga rumah tersebut telah dimasuki pencuri sebanyak 5kali sebelum ini.
Keratan Laporan Polis |
25.09.2017 Polis telah menahan 2 orang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian yang berlaku di kediaman Senadin 2C berserta barang bukti dikediaman mereka.
Tangkapan dibuat 25.09.2017 (Siang) |
25.09.2017 (malam) Satu lagi kes pecah rumah berlaku di Senadin Phase 5 Lorong Jati 8 dan dipahamkan pencuri sempat melarikan TV beserta kunci rumah sekali. (laporan polis telah dibuat)
Kejadian berlaku pada 25.09.2017 (Malam) |
Sudah banyak laporan polis telah dibuat, tetapi kejadian seperti ini sering berulang terjadi. Pencuri semakin bermaharaja-lela dan sampai bila perkara sebegini terus terjadi? Apakah kegiatan mencuri ini terjadi kerana mereka dilindungi undang-undang sehingga mereka ini tidak boleh dicederakan jika didapati mencuri dikediaman kita? Dan apakah pihak berkuasa mahu kami sendiri yang bangkit dalam menangani masalah seperti ini dan meletak kan undang-undang di tangan kami sendiri? Kami sudah muak dengan semua ini. Kami mahukan keamanan dan keharmonian seperti mana yang selayak nya kami miliki.
Awesome work.Just wanted to drop a comment and say I am new to your blog and really like what I am reading.Thanks for the share
ReplyDeleteI really appreciate your professional approach. These are pieces of very useful information that will be of great use for me in future.
ReplyDeleteI don’t skills ought to I provide you with thanks! i'm altogether shocked by your article. You saved my time. Thanks 1,000,000 for sharing this text.
ReplyDelete