Sarawak tidak menerima pelarian Rohingya??
Semalam admin telah berkongsi kan sebuah artikel berjudul FAKTA YANG DUNIA HARUS TAHU TENTANG ROHINGYA. Seperti yang kita sedia maklum siapakah mereka dan mengapa mereka diperlakukan sebegitu kejam.???
Pada artikel kali ini admin ingin mengulas tentang kemasukan pelarian dari Rohingya itu tidak diterima di Sarawak. Dari apa yang kita lihat dari sumber-sumber seperti facebook, whatsapp dan media social lain rata-rata penduduk di Sarawak tidak bersetuju jika pelarian dari Myanmar itu di tempatkan di Sarawak.
Menurut petikan diruangan komen di FB diatas, kebanyakan nitizen tidak bersetuju dengan kehadiran para pelarian tersebut bukan kerana isu agama, dari apa yang admin perhatikan nitizen tidak bersetuju kerana begitu ramai lagi rakyat Sarawak yang masih miskin dan perlukan perhatian dari pihak kerajaan.
KENYATAAN MENTERI
"Kami sepenuhnya menolak. Bagaimana kami dapat menerima mereka datang,?" kata Datuk Seri Michael Manyin, Menteri Pendidikan, penelitian ilmu pengetahuan dan teknologi Sarawak kepada media seperti dipetik dari The Malay Mail Online, 9 September 2017.
Manyin tidak memberikan penjelasan lebih lanjut tentang penolakan atas masuknya Rohingya ke Sarawak. Manyin hanya mengatakan, menerima pelarian Rohingya tidak baik bagi Sarawak.
Kenyataan Datuk Seri Michael Manyin ini disokong penuh oleh majority rakyat Sarawak yang turut sama menolak kehadiran para pelarian tersebut.
PANDANGAN ADMIN
Bagi Admin pula, sebagai manusia kita juga tidak terlepas dari rasa simpati diatas dasar peri kemanusiaan. Tetapi apakah dengan membawa mereka masuk kesini selesai segala masalah mereka? Biar kita belajar dari sejarah, di Semanjung saja sudah terdapat ramai pelarian mereka terdahulu. Admin banyak memerhatikan komen-komen negatif tentang mereka (pelarian Rohingya) oleh orang disana kebanyakan mereka mula menunjukan belang setelah mereka lama duduk di sana. Sebelum ini tular di media social ribuan kaum ini membuat demonstrasi sehingga menyebabkan 47 orang dari mereka telah ditahan oleh pihak polis. Apakah kita mahu ini terjadi dibumi Sarawak tercinta ini?
Bukan itu sahaja Kerajaan negeri Sarawak juga harus lebih menumpukan perhatian terhadap penduduknya sendiri dahulu kerana tedapat masih ramai diluar sana rakyat Sarawak yang miskin yang memerlukan bantuan yang patut dari pihak kerajaan. jangan seumpama "kera dihutan disusu kan, Anak sendiri mati kelaparan"
BANTUAN KEMANUSIAAN
Nah.. saranan admin banyak lagi cara kita membantu mereka seperti menubuhkan tabung kemanusiaan melalui saluran yang betul. Pada 09.09.2017 yang lepas kerajaan kita telahpun melepaskan sebuah pesawat yang menghantar bekalan makanan dan barang keperluan dengan muatan seberat 12 tan ke kem pelarian Rohingya di Bangladesh dan seramai 35 orang sukarelawan IM4U turut serta kesana untuk menyertai misi kemanusiaan. Menurut perdana Menteri satu pasukan peninjau juga akan dihantar kesana dan bantuan susulan itu sudah pasti.
Leave a Comment