Selamat Ulang Tahun Ke 3 PEDAS




Salam sejahtera dan salam Dayak bangsaku, pada hari bersejarah ini, hari ini maka genaplah 3 Tahun kewujudan PEDAS (Persatuan Dayak Sarawak) yang ditubuhkan pada 16.09.2014 dibawah pimpinan saudara Mejar (B) Kapten Collin Imran sebagai Presiden Persatuan.

Sebelum itu Admin ingin mengucapkan Selamat ulang tahun ke 3 kewujudan PEDAS dan semoga pemimpin-pemipin dan ahli-ahli akan terus sentiasa diberkati dan dirahmati. Terima kasih tidak tehingga juga kepada masyarakat yang tidak pernah jemu menyokong perjuangan Persatuan Dayak Sarawak sehingga PEDAS masih wujud sehingga kini dan semoga PEDAS akan tetap PEDAS selamanya.

Meyingkap kewujudan PEDAS dan Tujuan nya.

1.  MENJAGA serta MEMPERTAHANKAN kepentingan masyarakat Dayak sebagai peribumi di Sarawak supaya lebih maju dan mampu bersaing dengan bangsa lain di Malaysia mahupun di dunia.

2. MENYATU PADU kan  semua sub-etnik supaya bersatu MEMPERTAHANKAN HAK sebagai masyarakat peribumi.

3. Memberi KESEDARAN tentang PERKARA ataupun situasi  semasa yang boleh MENGANCAM keharmonian hidup masyarakat.

4. Memastikan ADAT serta BUDAYA masyarakat Dayak dihormati dan di jaga.

5. Mempertahankan HAK masyarakat Dayak sebagai masyarakat peribumi seperti hak terhadap pemilikan tanah dan penempatan kediaman atau perkampungan.

6. Berkerjasama dengan Pertubuhan/ Persatuan bukan kerajaan (NGO) lain dalam pelbagai aktiviti untuk kebaikan masyarakat.

7. Menggalakan KERJASAMA, TOLERANSI serta SALING MENGHORMATI dalam masyarakat tanpa mengira etnik , kepercayaan Ugama serta Fahaman Politik

8. Menggalakan PENGLIBATAN  masyarakat dayak dalam bidang PERNIAGAAN, PERLADANGAN dan bidang-bidang lain yang boleh MENINGKATKAN  sosio ekonomi masyarakat.

9.  Menubuhkan DANA untuk membantu masyarakat Dayak dalam bidang pengajian dan perniagaan untuk menaikan taraf kehidupan.

10. Menubuhkan TABUNG BENCANA dan anggota sukarelawan untuk membantu masyarakat yang ditimpa KESUSAHAN.

VISI:
Sebagai persatuan yang berwibawa, Berani dan Dihormati

MISI:
Menyatu padu  serta mengangkat martabat Dayak sebagai bangsa yang diHormati dan diSegani.

Salam.

tandatangan

No comments

Powered by Blogger.