Tips semasa mengambil kereta baru (DIY)
Tips semasa mengambil kereta baru (DIY)
Baru-baru ni ada seorang member call aku. Dia nak mintak tolong cek kan kereta dia yang baru dapat. Ya, dia baru beli Proton Saga FLX.
Disebabkan aku tak berkesempatan lagi nak drive, maka aku cuma menerangkan dengan panjang lebar dalam phone. Beliau agak nervous dengan kereta baru beliau. Tambahan pula, beliau memang sangan detail dengan segala barang yang dibeli supaya sesuai dengan harga yang dilaburkan. Yela, kalau setakat phone RM1K rosak, boleh tahan lagi. Kalau kereta yang bulan-bulan kene bayar RM500 selama 9 tahun ni rosak, memang hangin jadinya.
Sebelum ni pun, ada la beberapa orang member yang tanya benda sama kat aku. First time beli kereta, takde idea nak pastikan yang kereta tu benar-benar ok. Sebenarnya, banyak je tips yang kita boleh jumpa kat internet. Cuma aku nak kongsikan sikit la tips aku secara simple. Sesiapa pun boleh buat.
Masa nak amik kunci kereta:
1. Cek luaran kereta. Pastikan takde calar, kemek, cat tanggal, takde kesan karat, tayar semua sama brand and size. Periksa kereta di tempat terang untuk lebih senang nak kesan kecacatan. Paling senang cek cat pada body n bumper. Biasanya dalam production, body dan bumper ni di cat pada tempat berasingan. Maka kebarangkalian untuk warna tak sekata tu tinggi.
2. Cek bahagian dalam kereta. Cek fabrik seat, cek semua plastik part, pastikan takde calar, warna sekata, cek karpet. Simple je. Cek by visual dan cuba la touching sket mana-mana plastik part nak cek longgar or ketat.
3. Bukak hood. Cek sekali engine condition. Pastikan tiada hose yang bocor, paras cecair yang optimum, takde wiring yang tertanggal, pastikan tiada bahagian yang berkarat.
4. Hidupkan engine dan mintak drive sekeliling kawasan tu je. Lepas hidupkan engine, pastikan semua malfunction indicator tak menyala macam ABS, Engine check, temperatur, Airbag dsb. Then, cek la semua suis yang ada, power windows, door lock, radio, aircond, wiper, lampu, signal, hon, ciggarette lighter, side mirror switch, dsb. Cek sekali gear, tak kira AT or MT. Cek ketat sgt ke, loose ke. Tak lupa juga hand brake.
5. Masa drive, test semua pedal yang ada. Cek steering condition, brake, cuba la tukar-tukar gear. Kalau auto cuba la gear selain 'D'. Cek juga meter cluster condition, jarum speedometer, tachometer. Nyalakan lampu untuk cek brightness meter. Tak payah bawak laju, dalam 30 or 40 km/h pun dah cukup.
Kalau dah puas hati, baru sign. Sebab lepas korang dah sign satu borang tu, automatik kereta tu bukan lagi tanggungjawab penjual. Dah jadi tanggungjawab korang. Kata la, elok je lepas ko sign, ada mat rempt langgar kereta time tu jugak, maka claim insuran kene dibuat atas nama korang, Kalau belum sign, mat rempit tu langgar, insuran claim atas nama company dan korang sebenarnya, berhak mintak kereta lain. So, sebelum sign tu, pastikan tempat tu betul-betul selamat. Hehe.
Driving Condition:
Part ni paling penting sebab kalau ada problem, ianya tak dapat dikesan secara visual. Tak payah tunggu kereta korang sampai 1000 km, dah boleh cek terus. Lagi awal dapat kesan problem, lagi senang nak report kat service centre. So secara mudahnya:
1. Cek kereta korang masa tgh hari yang tgh panas membahang untuk pastiakn engine korang berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan aircond.
2. Drive kereta masa hujan. Lagi sejuk lagi bagus. Sama juga, nak pastikan engine takde problem masa hujan or sejuk.
3. Pastikan engine kereta tiada masalah untuk dihidupkan di awal pagi.
Ok, semua di atas ialah condition yang korang kene try sebab ada kereta masa sejuk die ok, tapi masa panas die bengong. Begitulah sebaliknya.
Dari segi driving pattern:
1. Try accelerate full throttle. Make sure takde rasa power loss or rasa lembab semacam. Pape hal kalau nak senang tengok tachometer (rpm). Biasanya abnormality senang nak kesan kat situ. Kalau ada rasa tak normal, cuba ingat kat speed berapa, rpm berapa dan gear berapa.
2. Cruising. Cari la mana-mana jalan lurus yang panjang or highway, try la drive constant kat beberapa speed, 60, 80, 100km.h dsb. Cuba la detect apa-apa yang tak normal macam bunyi-bunyi, pedal rasa berat or tak respond. rpm tibe2 naik or drop, wind noise dsb.
3. Cari tempat yang selamat, cuba try brek secara lembut dan secara kuat. Pastikan tiada masalah pada brek dan tak efek engine (engine mati or mengaum) selepas berhenti.
4. Cuba la drive tempat jem paling teruk. Lagi teruk lagi bagus. Cek la pedal condition masa ni dan tgk engine rpm. Adakah stabil or mengaum-ngaum?
5. Drive la kereta korang kat tempat-tempat hill climbing macam Genting or cameron. Nak cek power kereta korang. Nak lagi best, bawak 4 orang bagi penuh. Masa ni la nak cek, respon engine masa naik bukit dan brake masa turun bukit. Tapi berhat-hati sikit sebab agak bahaya.
So begitu la sedikit sebanyak tips yang aku boleh kongsikan. Just drive macam biasa. Kalau ada rasa apa-apa tak kena, terus kontek salesman yang jual kereta hari tu dan boleh buat complain, chance untuk claim lagi tinggi bila lagi cepat problem dikesan.
Tapi korang pun kene sedar diri jugak la. Kalau korang beli kereta biasa-biasa tu, jangan la expect boleh pecut mcam Ferrari or Top speed macam Veyron. Kene berpijak pada realiti jugak kan?
Kalau tak nanti buat malu diri sendiri.
Yang paling penting sekali, jangan lupa baca manual. Carilah masa dan baca la at least sekali. Ini penting untuk korang tidak memalukan diri sendiri masa buat komplen. Tengok spec kereta korang, cara pengoperasian, dsb.
copy paste dari group
PROTON ERTIGA VVT COMMUNITY (MALAYSIA)
I am extremely impressed along with your writing abilities, Thanks for this great share.
ReplyDeleteIt was very useful for me. Keep sharing such ideas in the future as well. This was actually what I was looking for, and I am glad to came here! Thanks for sharing the such information with us.
ReplyDeleteWhat you are spoken communication is totally true. i do know that everyone should say a similar factor, however I simply assume that you simply place it in an exceedingly method that everybody will perceive. i am positive you may reach such a lot of folks with what you've to mention.
ReplyDeleteTq sangat membantu👍
ReplyDelete