Tong Biru menjelma kembali !!!


tong biru


Tular di media social sekarang ini dengan kehadiran lori- lori yang membawa tong biru untuk dibahagikan kepada rakyat-rakyat di Sarawak khusus nya penduduk yang berada di kawasan pedalaman. Apakah ini petanda nya PRU seterusnya akan bakal menjelma tidak lama lagi?

Sumber Gambar: Facebook


Menurut pandangan Admin tidak salah jika kerajaan ingin membantu rakyat di kawasan pedalaman itu memang sudah tanggungjawab mereka untuk memajukan Negara kita ini. Tapi mengapa harus Tong Biru? Berapa lama sebuah tong biru itu bertahan jika pada musim kemarau? Bukan kah lebih elok jika kerajaan menyediakan air loji yang terawat dan disalurkan ke setiap buah rumah-rumah panjang dikawasan pedalaman dan dengan cara ini mungkin dapat memudahkan lagi penduduk-penduduk dipersekitaran untuk jangka masa panjang.

Tapi yang lebih musykil kenapa apabila sudah dekat nak dekat pilihan raya kelibat tong biru ini sering menjelma? Apakah ini tanda nya kerajaan sangat prihatin kepada nasib rakyat sehingga sebuah tong biru menjadi modal?

Walau-apapun kepada penduduk-penduduk tidak salah anda untuk menerima pemberian tersebut anggap sahaja itu adalah rezeki tapi harus ingat, tepuk dada tanya selera apakah sebuah tong biru itu dapat menjamin masa depan anda selama 5 tahun kehadapan? Berfikir secara bijak undi itu terletak ditangan anda dan sudah semestinya undian anda adalah rahsia. Berfikir sejenak, kepada siapakah anda harus mengundi. 

Fikirkan nasib anak cucu kita!!!


tandatangan

No comments

Powered by Blogger.