Kepada Sapakah Kita Mengundi?



Salam sejahtera
Kita semua sekian maklum bahawa PRU14 akan diadakan bila-bila masa sahaja bermula dari sekarang. Manakala tarikh akhir Parlimen terbubar secara automatik ialah pada 24 Jun. Ini bermakna tinggal kurang dari 10 minggu lagi kerajaan yang ada sekarang ini memerintah Negara.

Sebagai rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan keatas anda berhak untuk mengundi bagi menentukan siapakah yang layak untuk menjadi wakil rakyat yakni menjadi pemimpin.

Kepada siapakah anda harus mengundi?

Seorang rakyat yang bijak sudah pasti mengundi untuk kebaikan serta kesejahteraan masyarakat dan juga kepada Negeri dan Negara tercinta am nya dan bukan nya mengundi untuk kepentingan peribadi.

Untuk siapakah kita harus mengundi?

Kita mengundi kerana kita mempunyai obligasi moral untuk mengambil bahagian dalam kehidupan negara kita.Kita mengundi bagi memastikan negara kita dipandu oleh etika menghormati maruah manusia dan prinsip umum yang baik.

Apakah bagi maksud hormat bagi maruah manusia?

Bahawa hak semua orang di hormati dan di tegakkan.
Bahawa semua orang adalah sama disisi undang – undang,mempunyai laluan kepada undang-undang dan dilindungi dari segala keganasan.
Bahawa tiada seorang pun yang di ekploitasi untuk keuntungan peribadi,
Bahawa pemimpin kita jujur, tidak mengamal korupsi(Rasuah)

Apakah prinsip umum yang baik?

Prinsip umum yang baik adalah,apa saja yamg terbaik untuk semua rakyat Malaysia.

Bahawa setiap rakyat malaysia yang hidup dalam keadaan aman dan kemakmuran, Tanpa takut jenayah, ancaman, undang-undang yang tidak adil, polisi yang tidak adil.
Bahawa setiap rakyat Malaysia mempunyai hak kebebasan berugama dan kebebasan hak asasi untuk bercakap dan berhimpun untuk membaca dan menulis secara bertanggung-jawab tanpa rasa takut.
Bahawa setiap rakyat Malaysia mempunyai akses yang sama kepada keperluan asas manusia. Makanan, tempat tinggal, kesihatan penjagaan dan pendidikan.

Untuk siapa Kita mengundi?

Dapatkan fakta pelbagai pihak atau pun parti-parti dan calon-calon. Jangan gunakan hanya satu sumber bagi fakta-fakta anda.Tidak semua sumber adalah sama, tidak semua isu adalah sama.
Mengambil tahu mengenai isu-isu, yang paling penting untuk mendesak tentang kita,hak kita,integriti dan pembangunan yang lestari.Kemudian membuat keputusan manakah satu parti/gabungan atau calon yang anda rasa boleh memenuhi harapan untuk Malaysia yang lebih baik lagi.
Undi untuk Malaysia dimana setiap orang diiktiraf dan di hormati dengan setara tanpa apa-apa bentuk diskriminasi tiada rasuah tetapi institiusi awam yang di pandu oleh intergriti,ketelusan dan akauntibiliti.

Kebebasan berugama untuk menganut,amalan dan menyebarkan iman seseorang di tegakkan.
Alam sekitar di lindungi untuk manfaat semua generasi.
Sebelum anda pergi mengundi,renung tentang semua fakta. Renung tentang sejarah semua pihak/pakatan dan calon-calon nya, renung atas nilai-nilai anda sebagai rakyat malaysia.
Selamat Mengundi


tandatangan

No comments

Powered by Blogger.