Penduduk asal memohon untuk membuat kad pengenalan di UTC Miri.



29/06/2018
Indigenouse people from Lapok 
Penduduk asal memohon untuk membuat kad pengenalan di UTC Miri.

Pada zaman teknologi yang kian canggih sebegini masih ramai penduduk asli/ orang asal yang masih lagi belum mempunyai kad pengenalan. Masih ramai rakyat di Sarawak belum lagi mendapat hak sebagai warganegara. 

Apakah ini nama nya arus kemajuan dan pembangunan yang boleh dibanggakan kita sebagai rakyat Sarawak yang disebut-sebut bahawa rakyat tidak pernah terpinggir dan Sarawak adalah sebuah negeri maju.

Ini dibuktikan oleh puluhan dan mungkin juga ratusan lagi rakyat terutamanya penduduk di bahagian Baram masih lagi dinafikan Hak sebagai rakyat! Didalam hal sebegini siapakah harus dipersalahkan? Apakah tuan empunya badan atau pun pemerintah yang tidak menyediakan prasana atau saluran khusus  untuk mereka membuat kad pengenalan sebelum ini? 

Apa-apapun tahniah dan syabas admin ucapkan kepada bekas calon PKR N76 PRN11 (Saudari Elia Bit) yang menemani kumpulan ini untuk membuat permohonan untuk membuat kad pengenalan tersebut di UTC Miri pagi ini.


Tepuk dada Tanya selera!!







tandatangan

1 comment:

Powered by Blogger.