Mangsa ke 11 Rabies di Sarawak

Rabies dog
Rabies Dog (gambar hiasan)

Seorang lelaki berusia 49 tahun berasal dari Sri Aman disahkan meninggal dunia semalam ( 18.08.2018 - sabtu pagi) akibat terkena jangkitan rabies.

Difaham kan mangsa pernah digigit anjing peliharaan nya sendiri pada January lepas dan tidak mendapatkan rawatan lanjut sejurus itu. Pada 11 Ogos lepas mangsa mengadu sesak nafas dan demam  selepas itu dibawa ke hospital Serian untuk mendapatkan  rawatan lanjut.

Mangsa kemudian dirujukkan ke HUS pada 14 Ogos selepas menunjukkan tanda-tanda hidrofobia dan lemah badan.

Ketua pengarah kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kematian ini menjadikan jumlah kematian setakat ini telah mengorbankan 11 nyawa daripada 12 kes membabitkan virus rabies semenjak wabak ini diistiharkan pada 30 Jun 2017 dengan kadar kematian 91.7%.

tandatangan

No comments

Powered by Blogger.