PROTON X50
Salam sejahtera para pembaca semua, kali ini admin tertarik untuk mereview produk baru keluaran Proton iaitu Proton X50, terdahulu Proton Holdings dengan kerjasama Zhejiang Geely Holding Group telah mengeluarkan model X70 yang menawarkan pakej yang mampu membuatkan orang terpesona, apatah lagi ia ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding pesaing-pesaingnya.
Proton X50, diambil secara terus daripada produk Geely Bin Yue, walaupun ia diposisikan lebih rendah (segmen B), tekstur dan material yang digunakan pula tidak pula kalah kepada Proton X70.
SUV dalam segmen B ini bakal dilancarkan tahun depan bagi bersaing hebat dengan model sedia ada seperti Honda HR-V, Toyota C-HR, Peugeot 2008 dan Subaru XV.
Berapa Harga Proton X50?
Persoalannya, berapakah harga ditawarkan akan adakah berada dalam julat harga bermula RM70,000 hingga RM80,000. Apa yang pasti SUV ini akan lebih murah daripada X70 yang berharga bermula RM99,800.
Proton X50 Exterior
Proton X50 Interior
Lebih baik drpd Proton X70?
ReplyDelete