Antara kerjaya tetap dan Freelancer
Untuk pengetahuan, selama ini admin bekerja di Sabah water contract under SSPC, mula-mula kerja dulu agak seronok kerana rotation kerja 3 minggu on dan 3 minggu off, Tapi lama kelamaan setelah negara kita dilanda pandemik Covid-19 maka rotation kerja menjadi tak menentu. Kerana terpaksa dikuarantin 14 hari dahulu sebelum turun ke offshore dan sekali lagi dikuarantin bila balik ke Sarawak dan terbaharu arahan dari KKM mewajibkan kuarantin 14 hari sekembali dari Offshore. Bayangkan kerja selama 3 minggu ditambah kuarantin selama 6 minggu belum lagi dikira beberapa hari stay di KK sementara menunggu flight yang ada ke Miri.
Admin ada juga menerima beberapa offer sebelum ini boleh tahan lumayan juga gaji yang mereka tawarkan (hampir mencecah rm20K dalam masa 30 hari tidak termasuk OT) tetapi masalahnya tawaran yang diterima semuanya freelance atau bergaji hari, dengan istilah kalau tiada turun ke laut tiada gaji. Tetapi yang menarik nya ia bekerja di Sarawak water dan hanya perlu menjalani kuarantin selama 2 minggu sebelum turun ke offshore.
Apa yang menjadi dilema dan tanda tanya admin disini apakah harus menyambung contract dengan company lama atau menjadi freelancer dan bekerja di Sarawak water sahaja?
Untuk pengetahuan admin adalah Coating Inspector L2 dan Abseiler L1 certificate holder. Dan ada juga cert-cert lain termasuk in-house training seperti UTTG, MPI, DPI & Borescope (ASNT)
Leave a Comment