4 Perkara yang tidak boleh dikongsikan dengan rakan sekerja

Gambar Hiasan


Salam pembaca Chris Blog

Harini saya nak share 4 perkara yang korang TAK BOLEH share dengan rakan sekerja. Walaupun rakan sekerja ni individu yang korang jumpa setiap hari, tak semestinya korang boleh share semua benda dengan mereka. Jom saya share perkara yang korang kena elak.

1. Gaji 
Tak kisah lah korang rapat macam mana dengan officemates, JANGAN bagitahu berapa gaji korang! Korang bukan je dah tunjuk yang korang ni tak profesional sebab tak mampu jaga confidentiality sesuatu perkara tapi boleh wujud rasa tak senang kalau gaji korang melebihi rakan yang lain. 

2. Kesihatan 
Kalau korang ada masalah kesihatan, lebih baik jangan dedahkan kepada umum. Akan ada 2 jenis orang tau bila benda ni berlaku. Rakan sekerja yang kasihankan korang atau mereka yang merasakan korang menjadikan masalah kesihatan sebagai alasan untuk tak buat kerja. 

3. Hal dalam ‘kain’ 
Kehidupan peribadi korang macam hubungan dengan keluarga, suami-isteri atau hubungan intim ni tak sepatutunya diceritakan kepada teman sepejabat atau rakan sekerja. Ia mungkin akan menjadi senjata mereka sekiranya berlaku apa apa di kemudian hari. 

4. Perubahan gaya hidup 
Kalau korang ada apa apa perubahan dalam hidup, lebih baik untuk tak share dengan rakan sekerja sebab boleh menimbulkan rasa cemburu dan tanda tanya dalam diri mereka. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain lain. 

Apapun saya doakan kalian semua semoga suksess senantiasa dalam apa jua bidang yang kamu ceburi. Kepada yang sedang mencari kerja semoga dipermudahkan dan semoga mendapat pekerjaan yang diimpikan. 

Sekian
Admin Chris Blog
_Chris Salin_


tandatangan

No comments

Powered by Blogger.