Loagan Bunut National Park
Loagan Bunut National Park terletak di hulu Sungai Bunut kira-kira 120 km dari Miri merupakan salah sebuah tasik semula jadi yang terbesar di Sarawak dan hanya didapati di pulau Borneo. Nelayan tempatan Berawan mengelar tasik ini dengan panggilan tasik 'Logan Bunut'. Keluasan taman ini kira-kira 650 hektar, Tasik Loagan Bunut tidaklah besar mengikut piawaian dunia, tetapi, ia bukan tasik yang biasa. Ianya terkenal dengan kekayaan biodiversiti dan ekosistem akuatik yang unik.
Loagan Bunut adalah tasik semulajadi terbesar yang pernah dijumpai di Sarawak. Kira-kira 94 peratus dari seluruh kawasannya diliputi oleh tanah paya dan enam peratus lagi adalah bukit-bukit kecil yang curam
Loagan Bunut National Park memang terkenal dengan kekayaan alam semulajadinya, terutama sekali hidupan akuatik. Terdapat pelbagai jenis ikan di sini seperti ikan biawan, kaloi, belidak, bantak, baong, adong, puyu, sepat, sakam dan magalan (semuanya nama tempatan) dan juga udang hidup di sini.
Sebahagian besar penduduk di sekitar tasik ini adalah terdiri daripada kumpulan etnik Berawan. Kewujudan awal mereka di sini terbukti kerana terdapat tanah perkuburan lama orang Berawan di sebuah pulau di tasik ini yang dikenali sebagai Pulau Tengah.
Lazimnya, pada bulan November setiap tahun, orang-orang Berawan yang berdekatan akan datang menziarahi tanah perkuburan ini. Orang Berawan di sini juga masih mengamalkan cara penangkapan ikan secara tradisional di tasik ini iaitu menggunakan ‘selambau’.
Selain Berawan, terdapat juga kumpulan etnik lain yang tinggal berdekatan dengan taman negara ini, iaitu terdiri daripada orang Iban dan Penan.
Leave a Comment