Sejarah minyak mentah/tanah di Miri


Minyak tanah
sudah lama di gunakan oleh orang tempatan di Miri sebelum ada orang luar seperti Claude Champion De Crespigni, memberi kepada Charle Hose Residen Baram pada July 1882, untok di bawa ke London kepada syrikat minyak di sana dan pada mula nya tiada yang berminat.

Minyak Mentah di gali dengan tangan oleh orang tempatan di kawasan minyak tanah yang mengalir keluar dan process ini hanya di buat oleh orang-orang yang berani kerana kepercayaan mystik ketika itu terlampau kuat. Berkenaan keluar nya benda hitam ini dari tanah sangat menakutkan dan berbagai cerita legenda dan dongeng berkenaan nya. Orang yang ada ilmu tertentu saja boleh mengambil nya.

 Minyak mentah di ambil dan di simpan di dalam buluh. Upacara menyemah dan sebagai nya di buat untok tidak mendatangkan gejala kepada pengambil dan pengguna. Minyak mentah di simpan di dalam tempurong dan di simpan bunga kapas yang di golong menjadikan sumbu. Kemudian di bakar sumbu tersebut memberi api yang berwarna kuning yang boleh menerangi kawasan ruang rumah kajang terang pada waktu malam, dan mengeluarkan asap hitam. Mengeluarkan asap ini juga membuat warga lama dulu sangat menakutkan. Minyak mentah juga di guna untok mengobati sakit sendi dan otot dan ada yang mandi seluroh badan untok mengeluarkan sakit dari badan.

Penggunaan Minyak mentah sebagai obat sakit tulang dan otot dan menjadi lampu menjadi terkenal. Ada cerita minyak mentah dari sebuah tempat Ceng-Tan pernah di tulis oleh seorang penulis bangsawan cina Dinasti Sung yang bernama Song Hui Yau pada tahun 1071 pedagang Cina membawa ke balik gharu Borneo, minyak tanah dan mutiara.


tandatangan

No comments

Powered by Blogger.