16 PERKARA BERKENAAN CUKAI BISNES ENTERPRISE YANG OWNER PERLU TAHU




Ramai orang yang jalankan bisnes Enterprise tak tahu fakta penting kaitan cukai dan Enterprise. Saya nak kongsi fakta asas yang orang bisnes Enterprise boleh mudah je nak hadam.

1. Enterprise takda cukai. Pendapatan hasil dari bisnes Enterprise dikira cukai bawah nama pemilik. Kalau pemilik sorang, sorang saja declare cukai. Kalau pemilik dua orang, pendapatan bahagi ikut percentage pemilikan bisnes dan dikira cukai bawah nama dua orang. Begitulah seterusnya-seterusnya.

2. Enterprise juga kena sediakan penyata kewangan. Penyata kewangan tempat cerita sales, kos, belanja, untung rugi, aset, liabiliti dan modal bisnes berlaku.

3. Tempoh transaksi yang boleh ambil kira untuk sediakan penyata kewangan adalah dari Januari sampai Disember setiap tahun. Kenapa? Selepas tu ada tempoh 6 bulan untuk declare cukai ke LHDN pula.
Contoh : Transaksi bisnes Januari 2018 sampai Disember 2018 perlu sediakan penyata kewangan. 30 Jun 2019 adalah tarikh akhir declare cukai.

4. Orang bisnes yang sepenuh masa atau sambil bisnes sambil makan gaji atau sambil bisnes ada pendapatan lain-lain, cuma perlu declare satu borang cukai.

5. Borang cukai yang terpakai adalah Borang B yang mana tarikh akhir nak declare cukai adalah 30 Jun setiap tahun. Biasa LHDN akan bagi lagi extra 15 hari untuk submission secara online.

6. Ada 3 stage boleh tolak cukai bagi pendapatan dari bisnes.
a) Belanja Bisnes
b) Elaun Modal - Jika ada aset
c) Pelepasan Cukai Individu

7. Pelepasan cukai individu macam pelepasan cukai diri sendiri, pasangan, anak, insurans/takaful, pelepasan gaya hidup ni semua boleh tolak cukai. Orang makan gaji boleh tolak pelepasan ni. Orang bisnes pun dapat manfaat sama.

8. Cukai bukan dikenakan pada berapa sales yang bisnes buat.

9. Cukai bukan dikenakan pada berapa banyak duit masuk ke dalam bank.

10. Baki bank bukanlah penentu berapa cukai bakal kena. Jadi tak perlulah sorok duit dari bank bisnes ke akaun bank lain-lain dengan tunjuk baki hujung bulan sikit kononnya.

11. Cukai dikenakan pada untung bisnes selepas pelarasan belanja yang tak dibenarkan tolak cukai, elaun modal, rugi dari tahun terdahulu. Untung selepas pelarasan akan bawa bawah nama owner dan dikira cukai bawah nama owner.

12. Gaji owner tak boleh tolak cukai. Gaji owner di kira sebagai belanja yang tak boleh kurangkan untung bisnes. Kenapa? Cukai dikenakan pada untung bisnes tambah dengan gaji owner bisnes.
13. Kadar cukai pendapatan hasil bisnes Enterprise bukan semua pada 28% tapi daripada kadar 0% sehingga 28% mengikut jadual jumlah pendapatan masing-masing. Boleh jadi 3%, 16% atau beberapa lagi kadar lain.

14. Zakat yang dibayar atas nama owner bisnes atau atas nama Enterprise boleh di tolak cukai tanpa limit.

15. Declare cukai tak semestinya kena cukai. Paling penting zikir yang kena ubah adalah, bukan buat bisnes je mesti kena cukai. Buat bisnes wajib DECLARE cukai.

16. Bisnes hasil Enterprise pun boleh beli kereta dan rumah. Bank pandang. Cuma caranya saja kena betul.

tandatangan

No comments

Powered by Blogger.